Google

Wednesday, April 23, 2008

Derita anak-anak mangsa ISA menggamit kebahagiaan yang tidak ditemui

Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.

Anis Nazri, HARAKAH

Tatkala melihat kanak-kanak seusianya bergelak ketawa bersama ibu bapa, mulut petahnya terdiam seketika. Dia termenung, sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Air matanya bertubir di sudut matanya, dan dia berlari menuju ke rumah. Biar hilang pandangannya dari melihat kebahagiaan itu.

Hatinya sayu. Sayu mengenangkan nasibnya yang tidak seuntung kanak-kanak tadi. Masakan tidak? Sudah sekian lama dia tidak dapat berkumpul, bergembira dan bermesra dengan bapa kesayangannya. Sudah lama dia terpisah dari bapanya. Bukan kerana Allah menjemput bapanya ke alam roh, tetapi satu-satunya akta zalim ISA yang bertindak demikian!

Bagi Suhaib Mat Sah, tidak tercapai di fikirannya bahawa satu ketika nanti dia tidak dapat mengecapi kebahagiaan bersama bapanya angkara ISA. Dia sentiasa berasakan bahawa kasih sayangnya bersama kedua ibu bapanya sentiasa berpanjangan. Namun, impian itu bukanlah realiti baginya. Kini, hampir enam tahun beliau tidak dapat bermesra dengan bapanya.

Enam tahun! Bapanya masih meringkuk di Kemta tanpa sebarang bukti kukuh yang boleh disabitkan ke atasnya. Kekecewaan anak berusia 14 tahun ini, jelas tergambar apabila dia pernah bertanya kepada uminya..."apa lagi yang PM nak?", "apa lagi yang cuba Pak Lah nak buktikan kesalahan abah?".

Aduhai hati, siapalah yang tahu penderitaan dan kesayuan yang dirasai Suhaib ini. Bagi kita yang dewasa, jika kehilangan orang tersayang pun sudah cukup meruntun hati. Apatah lagi bagi Suhaib, yang menyaksikan sendiri bapanya dibawa pergi, di tengah malam, enam tahun lalu.

Bermula saat itu, hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain. Hatinya tersentuh setiap kali melihat kemesraan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka. Hati kecilnya sering tertanya-tanya, bilakah abah yang dikasihinya akan menghirup udara kebebasan dan berpeluang kembali mencantum kebahagiaan mereka sekeluarga.

Seringkali Suhaib mendengus dan merungut, seolah-olah menyesali dengan apa yang terjadi. Apalah anak sekecil itu, yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa mampu menghadapi dugaan maha perit ini?

Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walapun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.

'Kehilangan' abahnya cukup membuatkan perkembangannya tergugat. Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.

Jika bapanya memang sudah tiada di dunia, mudahlah hati anak kecil itu dipujuk dan dikhabarkan berita itu. Malah, jika bapanya di penjara dalam tempoh yang diketahui akan berakhir sekalipun, pasti mudah dia menerimanya.

Namun, apa yang dilakukan ISA ini, benar-benar tidak berperikemanusiaan. Sudahlah terkepung tanpa bicara yang boleh membuktikan bapanya bersalah, pembebasan bapanya juga menjadi tanda-tanya dan mengikut sesuka rasa pihak pemerintah.

Baik lagikah ISA ini dalam masyarakat? Apakah ketenteraman negara ini akan terjejas sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang dituntut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini?

Sedangkan adanya ISA inipun keselamatan rakyat di negara ini sudah tidak tenteram. Sana sini dikhabarkan berlaku penculikan, pembunuhan, rogol, samun dan sebagainya. Tenteramkah negara ini? Selamatkah kita dengan adanya ISA ini?

Aduhai pemimpin Malaysia, hentikanlah penderitaan keluarga mangsa tahanan ISA ini. Sapukanlah air mata yang mengalir di pipi anak-anak kecil ini. Bukan Suhaib seorang menanggung derita ini, masih ada 70 keluarga lain yang menangisi dan menderita akibat ISA.

Wahai rakyat Malaysia yang prihatin, bangkitlah. Bangkitlah sekali lagi bagi membantu GMI dalam rangka usaha mereka untuk membebaskan semua tahanan ISA, selain memansuhkan akta zalim ini.

Bangkitlah menunjukkan kuasa anda mendesak kerajaan dengan kepimpinan 'baru' ini agar mendengar dan menunaikan tuntutan semua pihak seperti yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri yang baru, Dato' Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Melayu tidak lama dulu..."Saya akan memenuhi tuntutan semua pihak..."

Buat pembaca yang prihatin dengan nasib malang keluarga mangsa ISA ini, sila hantar sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 564070000336.

Umno dan fantasi 'Ketuanan Melayu'

Mungkin identifikasinya sebagai orang Melayu berasaskan hakikat Parameswara telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan seorang puteri Raja PASai.

Shirzad Lifeboat, HARAKAH

Ada ketikanya, apabila kita merenung kembali ungkapan "Tidak Melayu hilang di dunia" yang didakwa telah diucapkan oleh Hang Tuah, seorang pahlawan yang sumber pensejarahannya cuma sebuah buku, juga berjudul Hang Tuah dan Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang, kita terpaksa bertanya apakah bangsa Melayu pernah hidup dalam satu tamadun yang gemilang?Umno dan fantasi 'Ketuanan Melayu'

Jika kita mahu mengambil Kesultanan Melayu Melaka (1402-1511) sebagai sebuah tamadun Melayu misali, maka kita perlu akur kepada hakikat bahawa Parameswara yang mengisytiharkan dirinya sebagai raja dengan menggunakan nama Sultan Iskandar Shah adalah seorang putera berketurunan Hindu berasal dari Kerajaan Srivijaya.

Mungkin identifikasinya sebagai orang Melayu berasaskan hakikat Parameswara telah memeluk Islam apabila berkahwin dengan seorang puteri Raja PASai.

Dalam era kegemilangan yang berakhir selama kira-kira 109 tahun itu, ekonomi Melaka boleh di katakan di kuasai oleh para pedagang Hindu dari India Selatan, seperti Nina Chatu dan ramai pembesar negeri pula terdiri daripada mereka yang bukan berdarah Melayu seperti Tun Mutahir yang menjadi Bendahara Melaka menggantikan Tun Perak.

Tun Mutahir adalah ketua Muslim Tamil yang cukup berpengaruh di negeri Melaka dan bertanggungjawab melantik mereka yang berketurunan Muslim Tamil memegang jawatan penting dalam kerajaan. Hal ini dimarahi oleh orang Melayu.

Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan akhirnya berkomplot memfitnah Tun Mutahir kononnya mahu menjatuhkan Sultan Mahmud.

Selepas perisitiwa ini, segala-galanya adalah sejarah. Sifat tamak, dengki, khianat, sikap mementingkan diri sendiri, sikap terlalu mementingkan harta dan kedudukan, tidak amanah, belot dan politik istana yang berpuak-puak serta tidak menjiwai ajaran Islam yang sepatutnya menjadi ciri-ciri utama telah memusnahkan apa yang dianggap sebuah empayar dibina sejak seabad lalu. Kedatangan Portugis menakluki Melaka hanyalah satu kebetulan.

Di vmanakah 'ketuanan Melayu' ketika itu? Selain daripada Tun Perak dan beberapa orang pembesar Melaka yang berketurnan Melayu, termasuk Laksamana Hang Tuah (sekiranya dia benar-benar wujud)? Siapakah orang Melayu yang paling berkuasa pada ketika itu? Apakah orang Melayu yang menduduki bumi Melaka sebelum 1402 itu dapat menerima bulat-bulat seorang anak raja Hindu hanya kerana Parameswara terlihat peristiwa ganjil pelanduk mengejar anjing?

Tentu sekali tidak ada ketuanan Melayu pada ketika itu sebagaimana tidak adanya ketuanan Melayu setelah Portugis berkuasa dan seterusnya Belanda, kembali kepada Portugis, British, Jepun dan kembali kepada British untuk tempoh masa 446 tahun.

Sebagai sebuah bangsa, Melayu bukan sahaja dianggap sebagai bangsa hamba kerana bertuankan penjajah tetapi dianggap sebagai sebuah bangsa yang "pemalas dan membuat rumah di atas pokok".

Pengarang British Anthony Burgess (The Malayan Trilogy) mendefinisikan Melayu sebagai: "satu bangsa berkulit coklat, agak menarik, pemalas, telah diIslamkan oleh pedagang Arab tetapi kabur tentang asal-usul pemelukan agama itu."

Dalam trilogi yang menceritakan banyak tentang sikap asli orang Melayu itu, tidaklah diketahui mengapa Burgess yang pernah bertugas di Malaya sebelum Merdeka, termasuk di Kolej Melayu Kuala Kangsar, menggunakan sebuah negeri Melayu imaginasi yang dinamakan sebagai negeri "Lanchap".

Tetapi Burgess bukan keseorangan. W. Somerset Maugham, Joseph Conrad, Henri Fauconnier Malaisie tidak pernah mengangkat orang Melayu sebagai tuan di dalam tulisan-tulisan mereka.

Malah tokoh berketurunan Arab-India, Abdullah Abdul Kadir (Munshi), juga bergelar Bapa Sastera Melayu Moden juga tidak mempunyai sesuatu baik untuk ditulis mengenai orang Melayu di dalam bukunya.

Sekiranya inilah deskripsi bangsa Melayu yang digambarkan oleh pengarang Melayu dan bukan-Melayu pada satu ketika dulu dengan segala sifat dan amalan yang tidak Islamik, apakah kita mahukan sebuah bangsa Melayu yang memenuhi kriteria ini terus hidup?

Apakah orang Melayu jenis ini yang dimaksudkan oleh Hang Tuah dalam ungkapan immortal atau abadinya "Tak Melayu Hilang Di Dunia"?

Kalau begitu, apakah bezanya orang Melayu hari ini dengan bangsa-bangsa lain yang masih hidup tetapi tidak diketahui umum seperti kaum Red Indian, Chawtow, Navajo dan lain-lain yang masih terus hidup tetapi lagi dikenali umum?

Hari ini, walaupun orang Melayu telah berjaya menjadi penumpang kapal angkasa, namun masih ramai lagi warga dunia yang tidak kenal siapakah orang Melayu dan di manakah letaknya Malaysia.

Jika kita mempunyai pilihan, sudah tentu kita tidak mahu bangsa Melayu kita dinilai dan diberikan persepsi sebegitu rupa.

Sebenarnya, kita memang mempunyai pilihan. Apabila kita menentang gagasan Malayan Union British, kita menggunakan slogan "Hidup Melayu". Tetapi slogan tinggal slogan apabila pada tahun 1951 Umno mengubah slogan "Hidup Melayu" kepada slogan "Merdeka".

Sebaik sahaja selePAS Merdeka, slogan hidup Melayu tidak lagi kedengaran. Umno yang memimpin kerajaan pada ketika itu sepatutnya sudah mempunyai perancangan bagi menghidupakan satu bangsa Melayu yang benar-benar progresif dan bertamadun.

Namun, ini tidak dilakukan. Tidak ada rancangan konkrit bagi mengangkat darjat orang Melayu dari sekadar menjadi petani, posmen, budak pejabat, kerani, pemandu dan anggota polis pangkat rendah yang disebut-sebut sebagai mata-mata gelap.

Ketuanan Melayu pula hanyalah terletak kepada Perdana Menteri yang berketurunan Melayu dan beberapa orang Menteri Melayu dan Ahli-Ahli Parlimen Melayu. Tetapi bagi rakyat Melayu biasa mereka adalah hamba.

Dari segi ekonomi, orang Melayu tidak pernah menjadi tuan punya sebarang perniagaan atau perusahaan. Untuk menjadi tuan kepada ekonomi Malaysia, tentulah jauh sekali. Malah tanaman padi yang diusahakan dan menjadi identiti orang Melayu sejak dulu lagi juga tertakluk kepada perhambaan kewangan.

Dalam tulisannya berjudul "Malay Padi Planters Need Help" (The Straits Times, 30 Oktober 1949), Dr Mahathir Mohamad (Tun) menulis (terjemahan):

"Justeru, apabila tiba musim menanam padi berikutnya, mereka (penanam padi Melayu) mendapati mereka tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli baja, menyewa kerbau dan secara umumnya menyediakan tapak untuk tanaman berikutnya. Tapi mereka tak perlu bimbang, mereka sentiasa boleh mendapatkan wang dari sistem padi kunca. Dalam sistem ini, peminjam wang akan membeli padi untuk tuaian musim akan datang� Adakalanya RM40 dibayar untuk nilai padi yang sepatutnya diPASarkan pada harga RM120� Mereka yang paling beruntung adalah pekedai China di kampung-kampung."

Sistem padi kunca yang meletakkan orang Melayu sebagai kurang dari menjadi tuan ini beransur lenyap selePAS Merdeka disebabkan oleh pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada penanam padi. Namun sistem pajak gadai yang menjadi talian-hidup orang Melayu berterusan.

Kemisikinan orang Melayu selepas Merdeka masih bersifat fenomenal. Bukan sahaja orang Melayu tidak memiliki sebarang saham dalam syarikat awam, tetapi sebagai peniaga pemilikan tunggal yang berjaya pun boleh dikatakan amat kecil.

Kegagalan Umno inilah yang telah menghakiskan kepercayaan orang Melayu terhadap Umno pada Pilihanraya Umum Ke-3, 1969.

Untuk memperbetulkan keadaan ini Umno memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) menerusi Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975). Apabila Kajian Separa Penggal, Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975 diterbitkan maka terserlah hakikat orang Melayu cuma mempunyai kurang daripada 2 peratus saham dalam syarikat-syarikat awam, sementara kaum Cina menguasai 23 peratus dan orang luar menguasai 61 peratus.

Pada akhir tahun 1990, tahun terakhir sasaran awal DEB, penguasaan orang Melayu dalam PASaran modal mencatatkan angka terakhir, lebih sedikit daripada 20 peratus dan kurang 10 peratus dari sasaran yang telah ditetapkan ketika DEB dilancarkan pada tahun 1971. Sementara penguasaan kaum Cina meningkat kepada 45 peratus dan tidak ada sebarang peningkatan ketara untuk kaum India yang kekal pada tahap pegangan 1 peratus di sepanjang tempoh pelaksaan DEB.

Selepas tempoh tersebut, Umno mungkin menyedari perjuangannya membela nasib orang Melayu tidak mungkin akan tercapai. Tentulah tidak boleh diterima betapa dasar afirmatif selama hampir 20 tahun dalam pelaksanaan hanya berjaya melahirkan kontraktor kelas E dan F, graduan Melayu kelas kedua dan ketiga dari universiti-universiti awam yang tidak lebih merupakan kilang untuk anak-anak Melayu mendapatkan segulung ijazah.

Peniaga asal Melayu yang mendapat pinjaman MARA dan juga pinjaman bank komversial menerusi skim Perbandanan Jaminan Kredit dan terlibat dalam pelbagai perniagaan runcit � dari perniagaan PASar mini sehinggalah perniagaan import-eksport beransur-ansur gulung tikar sehingga hanya segelintir sahaja yang masih beroperasi pada akhir tahun 2000. Malah cita-cita menjadi agensi kerajaan seperti Pernas menjadi sebuah sogo-sosha seperti Mitsubishi, Mitsui atau C.Itoh hanya tinggal kenang-kenangan.

Akhirnya, Dr. Mahathir sendiri yang begitu menonjol dalam menyuntikkan psaikologi tentang kehebatan Melayu yang boleh membuat itu dan ini tidak dapat menyembunyikan rasa putus asa beliau. Ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2002, Dr. Mahathir berkata:

"Orang Melayu yang juga orang Islam yang teramai sekali di Malaysia belum selamat. Orang Melayu masih menjadi kaum yang lemah, kaum yang termiskin di negara kita ini. Ya, Malaysia sudah banyak maju, tetapi orang Melayu masih kurang maju. Jika kita keluarkan orang Cina dengan segala-gala yang dibina dan dimiliki oleh mereka, tidak akan ada bandar kecil atau besar di Malaysia, tidak akan ada perniagaan dan perusahaan, dan tidak akan ada dana daripada cukai pendapatan dan korporat untuk membiayai segala subsidi, bantuan dan kemudahan untuk orang Melayu. Orang Melayu akan kembali ke zaman mereka dijajah dahulu, miskin, tidak berpelajaran dan dihina oleh siapa sahaja. Jangan fikir selepas Umno, PAS tetap akan memerintah. Dalam politik, yang tidak dijangka boleh berlaku."

Sekiranya pelbagai langkah diambil di zaman Dr. Mahathir untuk merealisasikan ketuanan Melayu tetap menemui kegagalan, maka di zaman Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang jauh lebih lesu, slogan Ketuanan Melayu tidak lebih dari retorik Umno yang digunakan sebagai benteng terakhir dalam mempertahankan hakisan kepercayaan orang Melayu terhadap parti tersebut dan sering ditonjolkan melalui ciuman keris oleh Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishamuddin Tun Hussein.

Benar. Usul Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Abdul Hadi Awang agar Umno, PKR dan PAS bersepakat mencari jalan bagi menyatukan orang Melayu adalah satu usul tepat, ikhlas dan terkehadapan. Begitupun, kita harus menanti apabila Umno tidak lagi membuang masa dengan fantasi Ketuanan Melayunya. Kenyataan Naib Presiden PAS Dato� Husam Musa yang menyifatkan usaha mencari persepakatan sedemikian sebagai membuang masa, adalah relevan.

Comments on Article Titled "Are Chinese and Indian Merely Hedging?"

Dear Raja Petra,

I would very much like to express my view over the issues of Social Contract and unhappiness among Chinese and Indian over the implementation of New Economic Policy.

I believe most of Chinese and Indian will agree with me that they do resent at all the monarchy system in this nation and in fact, we pledge our loyalty to Yang Dipertuan Agong, being the head and most respected leader of Malaysia. We feel nothing wrong with the Social Contract. And, off course, with aim of eliminating poverty among the rural Malays, we were also supportive of New Economic Policy at the very initial stage, which, according to general opinions, would sustain peaceful environment in this country since it has been widely accepted that poor, helpless and jobless groups would cause social illness.

However, the implementation of New Economic Policy has unhealthily transformed into the following:-

  • Chinese and Indian are both exploited from education opportunities at tertiary level at public universities, and, private universities are too few to absorb those intending to study;

  • Public sector is almost totally dominated by only Malays, leaving only private sector, and, worse still, Ministry came out with guideline to restrict recruitment of Chinese and Indian at executive level in multinational corporations;

  • Whilst, in business sector, there are so many fields that Chinese and Indian entrepreneurs are totally barred from. Not to mention to many, logistic - freight and forwarding service, petrol kiosks etc.;

  • In professional fields, foreign medical degrees which are recognized worldwide, particularly British Medical Council, are disrecognized and treated as substandard to local universities' certificates. Holders of law degrees from non-local universities are asked to sit for over-tough CLP exams which carry extremely low passing rate. And, to operate an audit firm, you need a Bumiputra partner, or else, audit license will not be granted;

  • There is no transparency in Government awarding infrastructure contracts, resulting in that political cronies without capability and technical background earn mega projects, and, at a later stage, subcontract to Chinese and Indian at much much lower price at very slim margin, and, worse still, these political cronies at most occasions dishonour settlements, leading to backrupcies among the Chinese and Indian.

As a mankind, we admit that there is tendency to safeguard own race's interests. But, should it be to the extent of breaking the rice bowls of others and forcing them to die? We do not resend policies to upbring the Malay community, but we really cannot stand being bullied, exploited, denied of rights to pursue education and career, and, cleansed up!

Yours faithfully,
Singaram, Lawyer

Um...no youth

What will then happen to Umno? In the light of the current reforms of the judiciary, are we heading for a repeat of February 1988 when Umno was deregistered?

Datuk Nur Jazlan Mohamed, THE MALAYSIAN INSIDER

Let's face it. Since Umno Baru was founded in 1988 - let's not kid ourselves that it is the same party from 1946 - there has not been a vote for the top two party posts. It's a succession by patronage.

In other words, it's feudal. Not something that we need in today's hyper-competitive world.

My point is that the 30 per cent quota for nominations in the Umno election rules is hampering talent from rising to the top. It allows them to move up to a point before party warlords decide which horse to back and leaving the rest trailing in the dust. Not necessarily the best go up but probably only the popular.

In the DAP, those voted into the central working committee divide the posts among themselves. In PAS, those vying for leadership need to get the nod from the Shura before contesting. Both systems are not democratic.

But Umno is democratic. The grassroots nominate their favourites and those who breach the 30 per cent quota of nominations get to contest. This only favours the popular and the influential in grabbing nominations leaving the young leaders without a ghost of a chance for a stab at the top.

Where does that leave us? It leaves Umno without much of its talent as the young possibles and probables will either turn the feudal way and perpetuate an outdated system or leave in disgust for other parties. Either way, it is a dead end for Umno.

I am not advocating a contest against Pak Lah because of the current climate but I want to advocate competition to ensure that Umno gets the best talent to take us forward to the 21st Century when the Opposition have already undergone radical change leaving us wondering what has hit us.

Because what we have is a double-edge sword that could possibly leave us with a leader undesired by all.

Imagine if you will, that there are four contenders for the post of Umno where to qualify one needs 30 per cent of the nominations. Let us say that not one of the four contenders achieve the 30 per cent requirement; which I feel is too onerous for Umno's democratic process to function.

Even worse, assume that one of the four candidates scrapes 30 per cent and the rest do not. The one that meets the required quota wins without contest. Is this fair?

Don't you think that the person who gets 29 per cent of the nominations will challenge this outcome? Are we to be brought to court again?

What will then happen to Umno? In the light of the current reforms of the judiciary, are we heading for a repeat of February 1988 when Umno was deregistered?

Perhaps the Opposition may not have to finish off Umno, we will do it ourselves!

I believe that Umno and its management committee should consider this scenario seriously especially in the current climate where veterans are already casting an envious eye on the top post while the young will eventually inherit a party bereft of hope and talent.

As an example, the management committee should consider reducing the quota to 15 per cent for the post of president. At this level, a person who is contesting would need at least 29 nominations.

There is no state in Malaysia where Umno has more than 26 divisions and this will ensure that the candidate has support beyond his home state.

The number of nominations should be substantive but not burdensome. This will ensure only quality candidates will contest. I do not believe that a person should contest for president with just two nominations as this would result in many trivial challenges.

We can handicap candidates to get the best but not at the expense of handicapping the party of talent.

Datuk Nur Jazlan Mohamed is a two-time MP for Pulai and writes an occasional exclusive column for The Malaysian Insider. He blogs at www.jazlan.net
Google