Google

Sunday, May 26, 2013

Jangkitan Pada Manusia

Walaupun virus selesema jenis A tidak biasanya menjangkiti manusia, terdapat beberapa kes jangkitan dan wabak selesema burung yang dilapurkan sejak tahun 1997. Kebanyakan kes jangkitan selesema burung kepada manusia dikatakan berlaku hasil sentuhan langsung dengan haiwan ternakan yang telah dijangkiti, atau permukaan yang tercemar. Akan tetapi, terdapat banyak yang masih perlu dipelajari tentang pelbagai sub-jenis atau variasi virus selesema burung yang boleh menjangkiti manusia. Contohnya, kita tidak mengetahui bagaimana perbezaan di antara variasi yang rendah atau tinggi kandungan patogenik boleh memberi kesan dan risiko kesihatan kepada manusia. Di antara kes jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang telah direkodkan, penyakit yang disebabkan virus yang paling tinggi kandungan patogenik dilihat lebih berbahaya.
Oleh kerana kebimbangan terhadap potensi penyebaran jangkitan yang lebih meluas dalam populasi manusia, pihak berkuasa kesihatan tempatan memantau secara dekat semua wabak jangkitan manusia yang dikaitkan dengan selesema burung. Sehingga kini, jangkitan virus selesema burung kepada manusia yang dikesan sejak 1997 tidak menjadikan pemindahan antara manusia sesuatu yang berterusan. Walau bagaimanapun, oleh kerana virus-birus selesema berpotensi untuk bertukar dan merebak secara mudah sesama manusia, usaha pemantauan jangkitan manusia dan pemindahan antara manusia adalah sangat penting.

Tanda-tanda Selesema Burung kepada Manusia
Tanda-tanda jangkitan selesema burung kepada manusia yang dilaporkan terdiri dari tanda jangkitan selesema yang biasa (seperti demam, batuk, sakit tekak dan sengal otot) sehinggalah jangkitan mata (�conjunctivitis�), radang paru-paru, kesulitan pernafasan yang teruk, radang paru-paru yang berjangkit, dan komplikasi lain yang boleh membawa maut.
Pesakit yang mempunyai selesema atau radang paru-paru ataupun penyakit pernafasan akan dianggap telah dijangkiti selesema burung sekiranya dia telah membuat sentuhan langsung atau tidak langsung ke atas ayam yang sakit atau burung yang telah dijangkiti.
Pengesahan dari makmal mengenai jangkitan selesema burung dan kaitan wabak dengan kematian yang tidak normal atau wabak di kalangan ayam akan menyokong kajian ke atas selesema burung.

Punca / Penyebab Selesema Burung

Selesema burung berpunca dari sub-jenis virus selesema A yang menjangkiti ayam, itik dan burung-burung lain. Virus-virus ini yang mengakibatkan penyakit yang tidak serius boleh bertukar / bermutasi kepada virus yang boleh menyebabkan penyakit serius (paling merbahaya).
Sehingga kini, semua wabak jangkitan virus yang paling merbahaya berpunca dari virus selesema A/H5N1, iaitu satu-satunya sub-jenis yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk kepada manusia.

1.Burung-burung ternakan boleh mendapat jangkitan sekiranya:
  • bergerak bebas
  • berkongsi bekalan air dengan burung-burung liar
  • menggunakan bekalan air yang telah dicemari dengan najis dari haiwan yang telah dijangkiti
2. Peralatan, kenderaan, makanan, sangkar atau pakaian yang tercemar, terutamanya kasut boleh memindahkan virus itu dari ladang ke ladang
3. Pasar basah di mana ayam hidup dan burung-burung lain di jual dalam keadaan yang penuh sesak dan tidak bersih.

Selesema burung dipindahkan kepada manusia dari sentuhan langsung atau tidak langsung dengan itik liar dan ayam melalui udara, buangan dan permukaan yang telah tercemar dengan virus.
Orang yang mengendalikan ayam yang telah dijangkiti atau berada dekat atau di dalam ladang atau pasar di mana ayam yang sakit boleh menyedut partikel daripada bahan buangan yang kering atau najis yang dijangkiti virus selesema burung.
Bahan buangan boleh terkena hidung atau mata orang yang mengendali ayam yang telah dijangkiti.
Tiada terdapat laporan kes selesema burung kepada manusia selepas mengendalikan ayam yang telah dimasak. Oleh kerana virus itu mudah dinyah-aktifkan melalui haba, seseorang tidak boleh mendapat selesema burung dari daging ayam yang telah dimasak sepenuhnya. Tiada bukti pemindahan antara manusia.
Top

Faktor-faktor risiko
Faktor risiko terbesar untuk selesema burung ialah sentuhan dengan burung-burung yang sakit atau permukaan yang dicemari bulu, air liur atau najis mereka. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesahkan sejumlah kes melibatkan pemindahan selesema burung antara manusia yang terhad. Tetapi jika tidak kerana pemindahan sebegitu tersebar secara meluas, burung atau permukaan yang telah dijangkiti merupakan penyebab yang paling berbahaya.
Walaupun begitu, corak pemindahan jangkitan antara manusia tetap menjadi misteri. Kanak-kanak kecil dilihat lebih mudah dijangkiti virus. Sesetengah saintis membayangkan golongan itu lebih cenderung kepada menghidu habuk atau najis yang telah dijangkiti. Di sebalik itu, puluhan ribu pekerja Asian yang tidak terlindung dan terlibat dalam menyembelihan ayam tidak pula dijangkiti penyakit. Pada masa ini, bilangan orang yang telah dijangkiti telalu sedikit untuk kita mengetahui semua faktor risiko yang mungkin untuk selesema tersebut.
Top

Bila masa sesuai untuk meminta nasihat kesihatan
Sila berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda selesema, termasuk demam, batuk dan sengal otot, dan jika anda telah melancong ke kawasan yang terdapat selesema burung. Sila pastikan anda memberitahu doktor bila dan ke mana anda telah melancong, atau sekiranya anda telah pergi ke mana-mana ladang atau pasar terbuka.
Doktor mempunyai ujian yang cepat untuk mengenali virus selesema, tetapi ujian berkenaan tidak dapat membezakan antara selesema burung dengan virus selesema A lain. Atas sebab itu, bahan contoh dari mana-mana orang yang disyaki dijangkiti selesema burung akan dihantar ke makmal kesihatan negeri atau Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention (CDC)) untuk dianalisa.
Top

Komplikasi/Kesulitan
Kebanyakan orang yang dijangkiti selesema burung mempunyai tanda selesema yang biasa. Sesetengahnya pula mengalami kesulitan yang boleh membawa maut, seperti radang paru-paru viral dan sindrom kesulitan pernafasan yang serius, yang menyebabkan kantung udara dalam paru-paru dipenuhi dengan lendiran berbanding dengan udara, sehingga membawa kepada kesukaran bernafas yang teruk.
Tetapi komplikasi terbesar selesema burung masih lagi tidak terbukti � variasi virus baru yang boleh tersebar antara manusia. Jika seseorang yang dijangkiti virus selesema burung dan manusia sekaligus, penyusunan semula bahan genetik mungkin menghasilkan sub-jenis virus baru yang berdasarkan gen manusia. Ini boleh menyebabkan virus itu menjadi sangat mudah berjangkit, dan dengan ketiadaan kekebalan dalam populasi dunia, keadaan ini boleh membawa maut.
Setakat ini, keadaan itu masih belum berlaku. Beberapa kes pemindahan jangkitan antara manusia telah dilaporkan berlaku, tetapi semuanya dalam kadar yang terhad. Tetapi, beberapa pengawai kesihatan masih berpendapat virus burung hanya menunggu masa untuk tersebar dengan mudah di kalangan manusia.

PAS perlu cerdikkan rakyat bencana TTPA

Pada 20hb May 2013 yang lalu, MAPIM melalui Setiausaha Agungnya Cikgu Hj Azmi Abd Hamid telah mengesa kerajaan Malaysia untuk tidak meneruskan menandatangani rundingan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) yang dijangka akan dimeterai pada October 2013 di Brunei.
Soalnya apa itu TTPA dan apa implikasinya? Ramai penduduk kawasan pendalaman atau separuh desa, kampong tersusun yang tidak menyedari isu ini dan tidak faham masa depan anak cucu mereka yang bakal tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini.
Rakyat Perak terutama orang Melayu yang tegar mengundi Umno dan juga di kawasan DUN yang penulis berkhidmat DUN Sg Rapat, masih banyak info ancaman ummah sebegini yang perlu dihebahkan.
Sebelum ini Tun Mahathir juga menggesa pihak Kerajaan Malaysia supaya menolak TPPA pada Forum Negara bertajuk ‘Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama Yang di-Pertua Dewan Negara di Parlimen Malaysia pada 25 Mac 2013 lepas.
Malaysia yang diteraui oleh BN lagi kali ini antara 12 negara yang dengan sewenang-wenangnya bersetuju untuk menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei, Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun dan Malaysia.
Ada 26 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam.Ia akan terus menjadi rahsia selama 4 tahun selepas perjanjian dimeterai. Kita hanya akan tahu rupabentuk sebenar perjanjian itu hanya selepas 4 tahun, iaitu dalam tahun 2017.
Blogger, facebooker berkempen di media maya dan wanita Umno berkempen rumah ke rumah, bahawa Pakatan Rakyat dan NGO Hak Asasi adalah agen asing untuk mengganggu-gugat kestabilan negara. Kita sering mendengar mereka menerima dana dari negara asing, dan akan menjual negara ini sekiranya memerintah.
Tetapi, pernahkah anda, yang sering menuduh pembangkang sebagai agen asing Yahudi ni semua, pernahkah anda mendengar siapa yang beria ingin laksanakan TTPA ini?
TTPA atau nama penuhnya The Trans-Pacific Agreement merupakan sebuah free-trade agreement antara negara-negara di sekitar Pasifik ini disertai oleh Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam rundingan TPPA bersama 11 negara lain (Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, United States dan Vietnam ) dan ia dimaklumkan tidak diketahui oleh ahli Parlimen sendiri.
Suatu ketika dahulu kita dimomokkan globalisasi yang bakal menghancur budaya dan social kita. Malah Globalisasi bakal menleburkan harapan peniaga kecil bumiputera dan bukan bumiputera tempatan sekalipun.
Selepas GST dilaksanakan secara mendadak, bil dan bayaran servis dicukaikan tanpa penghebahan selepas BN mendapat mandate, kini TTPA pula yang bakal dihadiahkan kepada rakyat. Baru-baru ini kerajaan BN Kedah yang dijulang oleh kaum melayu atas nama kerajaan melayu Islam itu ingin pula melaksanakan AES yang bakal mencengkam rakyat selepas mereka menerima beberapa kali BR1M.
Inilah tabiat asasi BN yang kerap kali memperdaya rakyat kita terutama di pendalaman dan separa pendalaman. Adalah menjadi tugas kita terutama petugas penerangan untuk terus member ilmu, info dan fakta yang sahih untuk mencerdikkan rakyat yang telah terpana dengan ganjaran RM 500 sebanyak 2-3 kali.
*Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng
Google