Google

Sunday, April 20, 2008

Mesyuarat Exco jadi Mesyuarat UMNO ?

Written by Buletin online

Menteri Besar, Dato' Mad Said, ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Ke­rajaan Negeri di WDI, menyatakan beliau dan 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri memberikan sokongan padu mereka kepada Abdullah Ahmad Badawi.

Demikian dilaporkan oleh sebuah akhbar perdana tempatan yang sebelum ini juga melaporkan Mad Said disifatkan sebagai masih dalam keadaan yang terhoyong hayang, merujuk kepada pentadbiran negeri yang masih goyang.

Keputusan menyokong Presiden UMNO sepatutnya dibuat didalam mesyuarat perhubungan negeri.

Desakan kepada Abdullah supaya berundur yang sedang hangat kini adalah urusan dalaman UMNO, setelah UMNO/BN kalah terus dalam pilihanraya yang lalu.

Oleh kerana Mad Said yang tidak memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, beliau menggunakan Mesyuarat Kerajaan Negeri Majlis untuk tujuan urusan parti.

Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu adalah membincang hal ehwan dan urusan rakyat Terengganu dan bukan urusan parti UMNO.

Ini adalah satu kepincangan yang berlaku apabila seorang Menteri Besar bukan ketua sebuah parti yang memerintah.

Walaupun apabila ditanya pemberita, mengenai persoalan jawatan Pengerusi UMNO negeri beliau menjawab tugasnya sebagai Menteri Besar tidak langsung tergugat, namun kenyataan sokongan kepada Presiden UMNO hari ini menunjukkan ada kejanggalan dalam urusan kepimpinan UMNO Terengganu.

Kenyataan sokongan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu itu juga merupakan
'isyarat yang jelas' dari Mad Said kepada Pak Lah supaya mengambil sesuatu tindakan membetulkan kejanggalan itu.

Sebelum dari ini, Mad Said pernah disifatkan sebagai masih dalam keadaan yang terhoyong hayang oleh akhbar Sinar Harian yang merujuk kepada pentadbiran negeri yang masih goyang.

Selepas Idris ditolak oleh pihak istana dari menjadi Menteri Besar untuk kali yang kedua, Idris telah diminta oleh beberapa phak untuk melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO.

Gelombang perpecahan kepimpinan UMNO akan berlaku berlaku sekali lagi dalam menghadapi isu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Sebelum ini, kepimpinan UMNO berpecah apabila menghadapi kemelut perlantikan Menteris Besar Terengganu. -- (Global Media Channel)

No comments:

Google