Google

Tuesday, April 15, 2008

Lebih 20 ribu banjiri Himpunan 'Black 14'

(Harakah) - Walaupun pihak polis tidak memberikan permit, namun faktor 'Anwar' dilihat masih mampu untuk menarik lebih 20,000 dalam perhimpunan yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Tepat jam 9.15 malam, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim muncul dengan menyampaikan ceramah di hadapan lebih 20,000 orang yang hadir malam tadi.

ImagePerhimpunan yang digelar ""Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" telah dianjurkan oleh KeADILan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap Anwar hari ini.

Dalam ceramahnya itu, Anwar meminta semua untuk menunggu dua minggu dari tarikh hari ini untuk mengetahui sama ada beliau akan bertanding dalam pilihan raya kecil atau tidak.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Anwar tidak dapat bertanding akibat larangan berpolitik namun, beliau dapat berkempen untuk calon-calon yang bertanding.

Sementara itu, dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut, Anwar tidak menjangkakan seramai itu yang hadir kerana pada jangkaan awal pihak penganjur hanya menjangkakan sekitar 10,000 sahaja.

Namun, kehadiran orang ramai sememangnya luar biasa apatah lagi diadakan di luar musim cuti serta di waktu malam pula.

Dalam perhimpunan tersebut, juga kelihatan pelbagai media yang terdiri di kalangan tempatan mahupun luar negeri.

ImageKetika Harakahdaily membuat tinjauan, seorang peserta yang hadir dalam perhimpunan malam tadi menjelaskan bahawa, inilah kali pertama beliau dapat mendengar ucapan Anwar secara dekat.

Sulaiman Murad, 43, yang bertugas di sebuah agensi kerajaan menjelaskan, ucapan yang didengarnya pada malam itu mengingatkannya pada zaman reformasi.

"Himpunan sebegini ramai, walaupun tidak setanding di zaman reformasi tetapi sekurangnya ia menimbulkan kesan dan memberikan ingatan pada kita tentang peristiwa ketika itu. Siapa kata 'faktor Anwar' tiada. Pilihan raya lalu sudah cukup untuk membuktikannya,"jelasnya sambil memberitahu bahawa beliau hadir bersama rakan-rakan sepejabatnya.

"Tapi saya agak kecewa dengan tindakan pihak berkuasa. Mengapa halang Anwar dari teruskan ucapan. Kami (rakyat) mahu mendengar apa yang ingin disampaikan. BUkankah ini adalah premis persendirian.

"Pihak polis tiada kuasa dan hak.Mana perginya profesionalisme pihak polis yang sering dilaungkan?"tegas Suraya Ahmad, 27, yang turut sama berada di lokasi perhimpunan.

Menurutnya, pihak polis sepatutnya profesional. Perlu memahami dan sedar situasi politik ketika ini tidak sama. Rakyat mula sedar dalam perkembangan yang berlaku terhadapat arus politik negara.

Tambahnya, apakah pihak berkuasa bersekongkol dengan pemerintah dan pemerintah pula masih tidak serik dengan penangan yang diterima mereka daripada rakyat dalam pilihan raya lalu?

Dalam pada itu, sebelum ini Ketua polis Kuala Lumpur Dato' Muhammad Sabtu Osman berkata pihak KeADILan tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Menurutnya, walaupun perhimpunan itu dibuat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

No comments:

Google