Google

Wednesday, April 16, 2008

Pelan Peralihan Kuasa Idea Siapa?

Siapakah punya idea mengenai pelan ini. Umno Johor! Tetapi ia dari cetusan siapa? Tentu ada seorang manusia yang memikirkan dan bukan kesemua 25 orang ahli badan perhubungan Umno Johor. Tidak mungkin mereka serentak berfikir mengemukakan pelan berkenaan.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pelan peralihan kuasa yang dicadangkan Umno Johor lebih tajam daripada ‘perintah’ Dr Mahathir Mohamad agar Abdullah Ahmad Badawi berundur. Perintah Dr Mahathir tidak dianggap sebagai berbisa lagi kerana semua orang arif dan faham penerimaan Dr Mahathir terhadap Abdullah.
Orang juga tahu kenapa sebab dan keperluan beliau terus-terusan menghentam dan mahukan Abdullah melepaskan jawatannya. Semuanya bertolak atas kepentingan politik dendam dan peribadi beliau.
Semalam, hari ini, esok dan selamanya Dr Mahathir tidak akan bersetuju dengan Abdullah. Banyak sebab kenapa Dr Mahathir tidak bersetuju dengan Abdullah. Ia bukan saja kerana Abdullah membatalkan projek-projek mega yang dirancangkan oleh Dr Mahathir termasuk Jambatan Bengkok, landasan kertapi berkembar atau isu-isu lebih besar seperti isu Oil for Food yang dikaitan dengan penglibatan syarikat (Scomi) milik anak Abdullah, Kamaluddin Abdullah.
Perkara atau tindakan Abdullah paling dimarahi Dr Mahathir ialah kerana membebaskan Anwar Ibrahim. Walaupun Abdullah menjelaskan beliau tidak terlibat dalam proses penghakiman ke atas Anwar, namun Dr Mahathir tidak percaya. Katak mampus (pukul mati) Dr Mahathir tidak percaya kalau Abdullah tidak terlibat!
Dr Mahathir tetap prejudis dan beranggapan Abdullah terlibat. Dr Mahathir merasakan pembebasan Anwar itu sebagai satu cabaran dan mempersendakannya. Lebih jauh daripada itu beliau merasakan rakyat kini melihat beliau huduh manakala Abdullah dilihat baik. Kenapa tidak kerana beliau memenjarakan Anwar manakala Abdullah mengeluarkannya (Anwar).
Apa lagi dalam saat ini, Anwar sudah mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat, menyebabkan Dr Mahathir terus merasa tersindir dan terpencil dan hina manakala Abdullah pula dianggap sebagai dewa penyelamat.
Perasaan itulah yang sedang mengejar Dr Mahathir. Menjadikan beliau serba salah dan tidak berupayaan menyebunyikan dirinya walaupun dalam gelap dan sunyi. Kesalahan masa lampau sedang melampah jiwanya. Justeru menghapaskan bayangan itu beliau menyalahkan Abdullah sepenuhnya.
Dari situlah beliau menyimpan dendam, Abdullah harus dinyahkan dari tempatrnya sekarang ini yang Dr Mahathir merasakan tempat itu adalah atas ehsan dan budinya.
Tetapi beliau terlupa bahawa beliau terpaksa melepaskan kerusi itu kerana riputasinya semakin memburuk dan desakan rakyat sudah melampau. Sebagai buktinya sebaik beliau meninggalkan kerusi itu Umno dan BN memang besar dalam pilihan raya 2004 sehingga mendapat 94% lebih undi popular.
Selain daripada kritikan buruk Dr Mahathir itu perkara yang paling menusuk hati Abdullah ialah pelan peralihan kuasa. Sejak cadangan pelan ini ditimbulkan Abdullah tentu tidak lena tidur. Beliau akan terus terfikir-fikir bahawa beliau sudah sampai ke peringkat tidak diingini lagi dan menanti masa saja untuk bungkus tikar bantal keluar dari Putrajaya.
Kalau beliau masih relevan dan diperlukan Umno pasti tidak ada ahli yang tergamak membuat cadangan itu, mahu mengnyahkan beliau secara diplomasi. Abdullah memahami sikap orang Melayu kalau ia sudah sanggup untuk mengeluarkan kata-kata kesat maka mereka juga sanggup untuk berkerat rotan dan berpatah arang dengan sesiapa saja.
Pelan peralihan kuasa itu merupakan senjata baru yang megusik jiwa Abdullah. Ia menjadi fokus dan percakapan umum. Apa lagi ada yang merasakan pelan itu logik dan munasabah kalau Abdullah memenuhinya.
Kalangan Umno sendiri berbelah bahagi berhubung pelan peralihan itu. Ada yang meminta ianya disegerakan dan ada yang mahu ia dilakukan dengan penuh bijaksana dan diplomasi. Tegasnya pelan berkenaan sudah memburuk dalam minda orang Umno. Kesimpulan dari situasi itu Abdullah harus berhenti.
Siapakah punya idea mengenai pelan ini. Umno Johor! Tetapi ia dari cetusan siapa? Tentu ada seorang manusia yang memikirkan dan bukan kesemua 25 orang ahli badan perhubungan Umno Johor. Tidak mungkin mereka serentak berfikir mengemukakan pelan berkenaan.
Khabarnya daripada 25 ahli badan perhubungan Umno Johor sembilan orang yang beriya mahu menasihati Abdullah aga berundur. Apakah mereka yang mempunyai idea mengemukakan pelan berkenan setelah tidak tergamak untuk melapazkan secara langsung kepada Abdullah?
Tentu idea itu cambah dari sebutir kepala saja. Jika dilihat orang yang kerap bercakap mengenai pelan itu ialah Muhyuddin Mohd Yassin. Cara beliau bercakap menggambarkan pelan itu tetas dari kepalanya. Apakah beliau yang mempunyai idea mengenai pelan peralihan itu?
Ada munasbaah dan relevannya kalau Muhyuddin yang mengemukakan pelan berkenaan kerana hasil daripada perlaksanaan pelan itu nanti beliaulah yang akan mendapat untungnya.
Bagi Muhyuddin kalau pelan itu berjalan bermakna Mohd Najib Razak akan mengambil tempat Abdullah. Bila Najib berganjak ke atas maka tempat Najib selaku timbalan perdana menteri akan kosong. Apa yang mungkin menjadi harapan Muhyuddin bila tempat itu kosong beliau akan mengisinya.
Peluang beliau adalah cerah menandangkan beliau satu-satunya Naib Presiden yang layak dan berpeluang. Walaupun Naib Presiden masih ada seorang lagi iaitu Mohd Ali Rustam, namun Mohd Ali tidak mungkin kerana beliau Ketua Menteri dan kebetulan pula seorang Adun. Dari segi senioriti pun Muhyuddin mengatasi Mohd Ali Rustam.
Atas kesempatan itulah Muhyuddin merasakan peluangnya cerah. Dan peluang ini perlu disambar segera. Walaupun jawatan itu tidak kekal dan mungkin beliau akan dilawan dalam perhimpunan agung akan datang, sekurang-kurang dengan memangku jawatan itu beliau boleh dijadikan modal untuk bertanding timbalan presiden. Ataupun dijadikan pengkalan untuk berkempen.
Bersadarkan hipotesis ini orang yang mungkin bertanggungjawab dan mempunyai idea mengemukakan pelan berkenaan, atau yang beriya-iya mahukan Abdullah melepaskan jawatan ialah Muhyuddin. Apakah dalam soal ini Muhyuddin sudah berpakat dan bersetia dengan Najib sukar untuk ditentukan.
Bagaimana pun dilihat kepada kenyataan beliau yang selari dengan pergerakan Najib. Beliau juga turun secara berpasukan menemui rakyat, besar kemungkinan mereka berdua seperti sudah sepakat. Secara diam mungkin strategi telah diatur untuk membuang Abdullah.
Kain sepanduk yang tertera menyambut mereka berdua di Perak berbunyi “Kami Mahukan Najib- Muhyuddin” seakan mengesahkan kemungkinan ini. Ini ditambah dengan kain pemidang yang terpasang di beberapa tempat di Selangor sehari dua ini yang terang-terang mencatat nama Najib dan Muhyuddin mengesahkan lagi mereka berdua ada pakatan.
Tidak menjadi kesalahan kalau Muhyuddin bertanggungjawab yang mencambahkan idea pelan peralihan itu kerana dalam politik siapa yang cekap dan licit dialah yang akan menjulang piala kekuasaan!

No comments:

Google