Google

Monday, April 21, 2008

Guan Eng Perjelaskan Pelantikan Kah Choon Kepada Anggota DAP

(Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau akan memberi penjelasan kepada anggota DAP mengenai pelantikan Datuk Lee Kah Choon sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi InvestPenang.


"Kami telahpun mengadakan rundingan. Sudah tentulah kami perlu memberi penjelasan," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada anggota DAP mempunyai masalah dengan pelantikan Lee memandangkan beliau anggota parti Gerakan.

"Kami mahu mempunyai satu anjakan politik yang baru. Kerajaan mahu bersikap adil kepada semua," katanya selepas upacara angkat sumpah Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang di sini hari ini.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, berkata kerajaan negeri gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas dan ia tidak mengambil kira soal kaum, agama atau latar belakang politik sebagai faktor untuk mereka dilantik.

"Kadang-kadang apabila kita melakukan sesuatu yang baru, kita akan dikritik. Saya bersedia menghadapinya. Saya rasa lebih baik untuk memanjangkan sempadan demokrasi di samping meningkatkan tahap kecekapan," katanya.

Lee adalah bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan. Beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti bulan lepas.

No comments:

Google