Google

Monday, April 21, 2008

Kumpulan Najib cuba jerat Abdullah guna isu peralihan kuasa

(Harakah) - Selepas tsunami pilihan raya melanda 8 Mac lalu, Umno kini sedang berdepan pula dengan pergolakan 'rumah tangga' apabila kumpulan Dato' Seri Najib Razak berjaya mencetuskan isu peralihan kuasa.

Ramai berhujah Perdana Menteri cuba diperangkap dalam isu peralihan kuasa.

Namun, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap berjaya mengesan awal taktik tersebut. Ini dibuktikan apabila beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu desakan peralihan kuasa.

Lalu dijawabnya perkara itu hanya akan difikirkan selepasp Perhimpunan Agung Umno Disember depan.

Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa beberapa perjumpaan post mortem pilihan raya Umno di beberapa negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Johor secara jelas meminta Perdana Menteri berundur.

Katanya, berdasar kepada maklumat yang diterima mereka mahu peluang kepada Najib untuk menerajui kepemimpinan negara dipercepatkan.

"Dalam satu perjumpaan post mortem pilihan raya Badan Perhubungan Umno Kedah yang turut dihadiri Najib, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan Ketua Puteri Umno, Dato' Noraini Ahmad di mana kesemua ketua bahagian di Kedah mendesak supaya Perdana Menteri berundur.

"Bukan itu sahaja malah mereka mahu mencalonkan Timbalan Perdana Menteri sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti itu Disember depan," katanya pada satu ceramah di sini, baru-baru ini.

Menurut Saifuddin yang juga anggota Parlimen Machang, mesyuarat Badan Perhubungan Umno Johor difaham mencadangkan Perdana Menteri mengambil cuti panjang dan diberi peluang Najib memangku jawatan Abdullah.

"Apa yang menariknya Umno Johor juga meminta Perdana Menteri menyatakan dengan jelas pelan peralihan kuasa. Ertinya mereka meminta Abdullah berudur dan menyerah kuasa kepada Najib tetapi dengan cara halus dan beradab.

"Malah di mana-mana sahaja dapat dilihat surat-surat terbuka anggota-anggota Umno di semua peringkat, meminta supaya Perdana Menteri berundur daripada tampuk kuasa," ujarnya.

Turut hadir pada ceramah itu Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob dan anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi.

No comments:

Google